Seksyen 17
Pelaburan kumpulan wang amanah
(a) Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang amanah yang ada dalam tangannya dalam atau atas apa-apa sekuriti yang pemegang amanah persendirian boleh mengikut undang-undang melaburkan wang amanah, dan boleh dari semasa ke semasa mengubah mana-mana pelaburan itu kepada yang lain daripada jenis yang sama:
Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak boleh dalam apa-apa hal melaburkan wang mana-mana amanah dalam atau atas sekuriti yang dilarang oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, dan apabila apa-apa arahan khas diberikan dalam mana-mana perintah, penghakiman, dekri, atau wasiat, atau dalam mana-mana surat cara lain yang mewujudkan amanah itu, tentang kelas atau jenis tertentu sekuriti atau harta yang dalamnya atau atasnya mana-mana pelaburan hendak dibuat, syarikat itu hendaklah menurut arahan itu.
(b)
Syarikat itu boleh juga menurut budi bicaranya, menyimpan dan meneruskan apa-apa pelaburan dan sekuriti yang menjadi miliknya atas apa-apa sifat fidusiari.
(2)
Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak langsung melaburkan apa-apa wang amanah melainkan mengikut subseksyen (1).
PELABURAN KUMPULAN WANG SYARIKAT