Skip to content

Seksyen 11

of Akta Syarikat Amanah 1949

ActIn forceProvision 11 of 38

Seksyen 11

(l)

Dalam segala hal yang suatu syarikat amanah diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memohon bagi mendapatkan probet atau surat kuasa pentadbiran, apa-apa petisyen, akuan, akaun atau afidavit atau dokumen perlu lain boleh dibuat atau diambil atas sumpah oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh syarikat itu bagi maksud itu.

16

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana pegawai syarikat yang dilantik oleh syarikat bagi maksud itu boleh, bagi pihak syarikat, menandatangani apa-apa petisyen, akaun atau pernyataan, mengangkat apa-apa sumpah, mengangkat sumpah apa-apa affidavit, membuat apa-apa akuan, menentusahkan apa-apa perbuatan, menghadirkan diri di mana-mana Mahkamah atau tempat, dan melakukan apa-apa jua perbuatan atau perkara, yang mungkin dikehendaki untuk ditandatangani, diambil, diambil atas sumpah, dibuat, ditentusahkan, diberikan, atau dilakukan bagi pihak syarikat itu:

Dengan syarat sentiasa bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh memberi mana-mana orang, yang selainnya tidak berhak kepadanya, apa-apa hak untuk hadir atau didengar di hadapan atau dalam mana-mana Mahkamah bagi pihak syarikat atau melakukan apa-apa jua perbuatan bagi pihak syarikat yang boleh selainnya dilakukan dengan sah hanya oleh seorang peguam bela.

PERAMANAHAN