Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 2 of 21
Seksyen 2

“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan;

“Akaun Amanah Disatukan” ertinya Akaun Amanah Disatukan

Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(c)

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 370

“Akaun Hasil Disatukan” ertinya Akaun Hasil Disatukan

Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(a)

Akta Tatacara Kewangan 1957;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Wang Tak Dituntut yang dilantik di bawah seksyen 4A;

“wang tak dituntut” ertinya semua jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 2A.