Skip to content

Seksyen 2A

Wang tak dituntut

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 3 of 21
Seksyen 2A

Wang tak dituntut yang disebut dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai semua jumlah wang—

(a)

yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada pemunya dan masih belum dibayar bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun selepas wang itu menjadi kena dibayar;

(b)

dalam kredit suatu akaun yang sudah tidak dikendalikan mengikut apa-apa jua cara oleh pemunya bagi suatu tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;

dan

(c)

dalam kredit suatu akaun perdagangan yang masih dorman bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun.