Skip to content

Seksyen 6

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 8 of 21

Seksyen 6

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang, bagi maksud apa-apa pembayaran wang ke dalam

Akaun Hasil Disatukan di bawah subseksyen 5(1), Pendaftar atau mana-mana orang yang dilantik oleh

Menteri di bawah subseksyen 4A (2) yang disebut terdahulu adalah dengan ini diberikan kuasa selepas habis tempoh lima belas tahun itu untuk menjual atau selainnya menukarkan menjadi wang apa-apa sekuriti yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen tersebut dan untuk memudahkan pembayaran itu ke dalam Akaun Hasil Disatukan, seorang Hakim

Mahkamah Tinggi, atas permohonan oleh Pendaftar itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh

Menteri di bawah subseksyen 4A (2), boleh membuat suatu perintah yang meletakhakkan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 370

pada Pendaftar itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 4A (2) harta atau kepentingan mengenai mana-mana sekuriti itu atau dalam apa-apa wang mengenai mana-mana bank yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen itu.

Peruntukan bagi tuntutan, dsb., yang dibuat selepas pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan