Seksyen 7
of Akta Wang Tak Dituntut 1965
Seksyen 7
Jika selepas apa-apa wang dibayar ke dalam Akaun Hasil
Disatukan menurut Bahagian ini seperti yang disebut terdahulu, apa-apa tuntutan, guaman, tindakan, permohonan atau prosiding lain bagi atau berkenaan dengan wang itu dibuat atau dimulakan oleh mana-mana orang tuntutan, guaman, tindakan, permohonan atau prosiding lain itu hendaklah didengar dan ditentukan dalam segala hal seolah-olah wang itu masih berada dalam mahkamah dan mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pembayaran kepada mana-mana orang wang yang disebut terdahulu atau mana-mana bahagian wang itu.
Peruntukan bagi pembayaran daripada hasil mengikut perintah mahkamah
(2)
Apabila mana-mana perintah sedemikian dibuat dan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Menteri, Menteri hendaklah, dalam mematuhi perintah itu tanpa apa-apa kuasa lanjut atau kuasa lain selain Akta ini, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu
(tanpa bunga dari tarikh pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan)
kepada orang yang kepadanya diarahkan oleh perintah itu untuk membuat pembayaran sedemikian; dan amaun itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan (yang dengan ini diuntukkan setakat yang perlu bagi maksud itu dengan sewajarnya).
Wang Tak Dituntut 11