Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Undang-Undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“efluen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127];
“efluen perindustrian” ertinya sisa cecair atau air sisa yang terhasil oleh sebab atau semasa proses pengeluaran yang berlaku di mana-mana premis perindustrian;
“kacau ganggu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Kerajaan Tempatan 1976;
”kiosk” bagi maksud Undang-Undang Kecil ini bererti apa-apa struktur di dalam bangunan atau pusat membeli belah;
19hb Dis. 2013]
1467
“kumbahan” ertinya apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan tumbuh-tumbuhan dalam bentuk terampai atau larutan yang diperolehi daripada aktiviti domestik dan terhasil dari premis komersial, institusi dan industri termasuk lepasan cecair dari tandas, besen singki, bilik air dan apa-apa perkakas kebersihan lain tetapi tidak termasuk air hujan dan efluen perindustrian;
“lesen” ertinya apa–apa lesen yang dikeluarkan di bawah Undang–Undang
Kecil ini ke atas mana–mana tempat atau premis yang menjalankan apa–apa bentuk tred, perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“luas lantai” ertinya jumlah luas ruang lantai yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Melesen bagi tujuan menjalankan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian di bawah Undang-Undang Kecil ini;
“Majlis” ertinya Majlis Daerah Hulu Terengganu;
“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya dikeluarkan lesen di bawah
Undang–Undang Kecil ini;
“perindustrian” ertinya apa–apa aktiviti perindustrian yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua;
“perniagaan” ertinya apa–apa aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua;
“Pihak Berkuasa Melesen” ertinya Majlis Daerah Hulu Terengganu;
“premis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133];
“premis berlesen” ertinya mana-mana premis yang menjalankan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa
Melesen di bawah Undang-Undang Kecil ini;
“pusat siber” ertinya premis berlesen yang menyediakan kemudahan komputer untuk melayari internet atau multimedia;
“tred” ertinya apa–apa aktiviti tred yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan
“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.
1468
[19hb Dis. 2013