Seksyen 3
Lesen
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 3 of 49
Seksyen 3
(1)
Tiada seseorang pun boleh menjalankan apa–apa bentuk tred, perniagaan atau perindustrian di mana–mana tempat atau premis dalam kawasan Majlis tanpa suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
(2)
Fi yang dikenakan bagi sesuatu lesen di bawah Undang–Undang Kecil ini hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.