Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian IV
22. Bendahari
Feedback & supportUniversiti hendaklah mempunyai seorang Bendahari yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga.
Bendahari hendaklah menjadi pegawai utama kewangan
Universiti dengan apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Lembaga; dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Pelantikan pegawai utama lain 22a. (1) Universiti hendaklah mempunyai mana-mana pegawai utama lain yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh
Lembaga.
Pegawai utama itu hendaklah melaksanakan apa-apa fungsi dan menunaikan apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipan itu di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Undang-Undang Malaysia 30