Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI
33. Obligasi merahsiakan
Feedback & support(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini, seseorang anggota
Lembaga, atau Naib Canselor, atau seseorang anggota kakitangan atau ejen Universiti tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan Universiti yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau kedua-duanya.
Universiti Teknologi MARA
53