Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI
35. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah
Feedback & supportLembaga boleh membuat kaedah-kaedah yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu—
penyediaan, pengauditan, dan pengemukaan kepada Menteri anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata;
fungsi, kewajipan *dan tatatertib kakitangan;
(Dipotong oleh Akta A964);
penetapan prinsip yang menentukan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain yang hendak dianugerahkan oleh Universiti;
syarat-syarat penerimaan masuk, kebajikan *dan tatatertib pelajar;
*CATATAN—Perkataan “dan tatatertib” dalam perenggan 35(2)(b) dan (e) yang telah dimasukkan melalui subperenggan 37(c)(i) dan (iv) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996
[Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996.
Universiti Teknologi MARA
55
*apa-apa perkara yang berhubungan dengan JPP dan badan pelajar lain;
pengurusan perpustakaan, makmal, bengkel dan apa-apa kemudahan lain yang disediakan oleh Universiti;
penubuhan dan pengawalseliaan skim pencen, persaraan dan kumpulan wang simpanan bagi kakitangan atau mana-mana golongan daripada mereka;
apa-apa perkara dalam kuasa Universiti di bawah seksyen 4
atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.