Skip to content

Seksyen 22A

Kewajipan untuk menyenggarakan daftar

of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

ActIn forceProvision 36 of 46
Seksyen 22A
(1)

Ketua

Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a)

institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

(b)

program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;

(c)

orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;

Universiti dan Kolej Universiti 31

(d)

orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau

Profesor Emeritus; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.

(2)

Ketua Pengarah boleh menjadikan Daftar Pengajian Tinggi

Kebangsaan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Seseorang boleh apabila fi sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri dibayar—

(a)

memeriksa Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan; dan

(b)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada Daftar itu.