Skip to content

Seksyen 20

Perbadanan dan penubuhan sesuatu Kolej Universiti

of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

ActIn forceProvision 33 of 46
Seksyen 20
(1)

Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan negara supaya suatu Kolej Universiti ditubuhkan dia boleh dengan perintah—

(a)

mengisytiharkan supaya ditubuhkan suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Kolej Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud

Universiti dan Kolej Universiti 29

mengadakan, mengikut Akta ini dan Perlembagaan Kolej

Universiti itu, pelajaran tinggi dalam cawangan pelajaran yang ditentukan;

(b)

memberikan nama kepada Kolej Universiti itu; dan

(c)

menentukan letaknya tapak tempat Kolej Universiti itu akan didirikan.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

melalui suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.