Seksyen 22B
Kewajipan untuk menyenggarakan pangkalan data
of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Tiap-tiap institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6 hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu pangkalan data yang mengandungi butir-butir mengenai—
(a)
program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;
(b)
orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kodoktoran kehormat;
(c)
orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau
Profesor Emeritus; dan
(d)
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(2)
Pangkalan data yang dinyatakan dalam subseksyen (1)
hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Menteri sebagaimana yang dikehendakinya.