Skip to content

Seksyen 4B

Peminjaman atau perpindahan perkhidmatan pekerja Universiti oleh Menteri

of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

ActIn forceProvision 6 of 46
Seksyen 4B
(1)

Jika atas permohonan suatu Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon, Menteri berpuas hati bahawa demi kepentingan pelajaran tinggi atau bagi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan pelajaran, adalah suai manfaat untuk meminjamkan atau memindahkan seseorang pekerja Universiti kepada perkhidmatan Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon di dalam Malaysia, Menteri boleh, dengan persetujuan pekerja itu, mengeluarkan arahan bagi peminjaman atau perpindahan pekerja Universiti itu kepada perkhidmatan Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon itu, dan adalah menjadi kewajipan Universiti pekerja

Universiti dan Kolej Universiti 11

tersebut untuk melaksanakan arahan itu sama ada atau tidak

Universiti itu bersetuju dengan peminjaman atau perpindahan itu.

(2)

Apa-apa tuntutan bagi pampasan yang berbangkit daripada peminjaman atau perpindahan seseorang pekerja Universiti menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon sama ada dibayar mengikut apa-apa perkiraan yang dipersetujui dengan Universiti pekerja tersebut atau selainnya.

BAHAGIAN IIA

PENTADBIRAN