Seksyen 4C
Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
ActIn forceProvision 7 of 46
Seksyen 4C
(1)
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah
Pendidikan Tinggi dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
(3)
Ketua
Pengarah hendaklah mempunyai fungsi dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh
Menteri.
(4)
Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah boleh menjalankan fungsi dan kuasanya.