Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2012Read it in English

Bahagian II · Pelajaran Tinggi

4D. Pewakilan fungsi, kuasa dan kewajipan Menteri

Feedback & support
(1)

Kecuali kuasa di bawah seksyen 4, 4A, 4B, 4C dan 12,

Menteri boleh mewakilkan secara bertulis apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipannya kepada Ketua Pengarah.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(2)

Apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Ketua Pengarah atas nama dan bagi pihak Menteri.

(3)

Ketua Pengarah yang kepadanya apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan diwakilkan di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menuruti dan mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Menteri daripada menunaikan apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.

(5)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Kolej Universiti

Bahagian V

Schedules