Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Pertaruhan dan Ambil
Tagan 1948.
*(2) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948 is Malaysia Act, cited as Act 201 1948, currently marked in force and first recorded in 1948.
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 201
AKTA DUTI PERTARUHAN DAN
AMBIL TAGAN 1948
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Betting and
Sweepstake Duties Act 1948. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
Undang-Undang Malaysia 2
AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL
TAGAN 1948
Pertama kali diperbuat
… …
…
1948 (Ordinan No. 6
tahun 1948)
Disemak
... … … … … …
…
1978 (Akta 201 m.b.p.
15 Februari 1978)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001
Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 3
Akta 201
AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL
TAGAN 1948
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Pertaruhan dan Ambil
Tagan 1948.
*(2) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Totalisator yang ditubuhkan oleh Akta
Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 [Akta 494];
“penganjur” ertinya Lembaga, atau setiausaha kelab atau persatuan lumba yang telah menganjurkan apa-apa totalisator, pari mutuel atau ambil tagan, mengikut kehendak hal keadaan;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Taksiran 1948 dan 1967 dan termasuklah Wilayah
Persekutuan.
Duti atas pertaruhan dan ambil tagan
Atas tiap-tiap pertaruhan yang dibuat dalam apa-apa totalisator atau pari mutuel yang dianjurkan oleh Lembaga atau mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan mengikut mana-mana skim yang diluluskan di bawah seksyen 16 Akta
*CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Sarawak menurut P.U. (A) 377/1991 dan terpakai di Wilayah
Persekutuan Labuan menurut P.U. (A) 376/1991.
Undang-Undang Malaysia 6
Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun pertaruhan itu yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Atas tiap-tiap ambil tagan yang dianjurkan oleh mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan atas keputusan perlumbaan kuda atau perlumbaan lain, sama ada perlumbaan itu diadakan di atau di luar Semenanjung Malaysia, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun yang disumbangkan kepada ambil tagan itu yang ditetapkan oleh Menteri
Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Penyataan oleh penganjur
Penganjur hendaklah membuat suatu pernyata mengenai amaun yang diterima sebagai pertaruhan dalam setiap satu perlumbaan dan amaun yang disumbangkan kepada setiap satu ambil tagan dan hendaklah, sebagaimana yang ditentukan oleh Pemungut Duti Setem bagi tiap-tiap satunya, sama ada melekatkan padanya setem pelekat yang mempunyai nilai yang sama dengan duti yang boleh dikenakan di bawah seksyen 2, atau membayar amaun duti yang boleh dikenakan sedemikian dalam mata wang Malaysia yang sah.
Penyataan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada Pemungut:
dalam hal pertaruhan yang dibuat dalam mana-mana totalisator atau pari mutuel, dalam masa lima belas hari selepas hari terakhir perlumbaan yang pertaruhan itu dibuat, atau
dalam hal ambil tagan, dalam masa tujuh hari selepas hari ambil tagan itu ditutup, dan Pemungut hendaklah, jika dia menghendaki duti itu dibayar dengan cara setem pelekat, membatalkan setem itu, atau, jika dia telah menghendaki duti itu dibayar dalam mata wang Malaysia yang sah, mengeluarkan resit bagi amaun yang dibayar.
Pengemukaan dokumen
Pemungut Duti Setem boleh pada bila-bila masa yang munasabah menghendaki dikemukakan apa-apa buku, akaun, baucar atau dokumen lain yang berhubungan dengan sesuatu totalisator, pari mutuel atau ambil tagan yang dianjurkan oleh Lembaga atau oleh mana-mana kelab atau persatuan lumba.
Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 7
Duti yang kena dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia
Duti yang dikehendaki dibayar di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan boleh didapatkan dengan apa-apa cara yang berkuat kuasa pada masa ini bagi mendapatkan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Amaun apa-apa duti yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan antara hutang yang, di bawah *seksyen 43 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360], atau seksyen 292 Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dikehendaki dibayar terlebih dahulu daripada semua hutang lain dalam pembahagian harta seseorang bankrap atau seseorang yang mati dengan tidak solven atau dalam penggulungan sesuatu syarikat yang tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kecualian
Kecuali berkenaan dengan suatu ambil tagan yang dianjurkan oleh kelab lumba yang ditubuhkan dalam Semenanjung Malaysia berdasarkan keputusan suatu perlumbaan kuda, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai membenarkan atau membolehkan mana-mana orang mengambil bahagian dalam mana-mana ambil tagan yang dianjurkan oleh suatu kelab, persatuan atau pertubuhan yang ia bukan anggotanya.
Penalti
Jika penganjur tidak menyerahkan penyata kepada Pemungut
Duti Setem sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 3, dia boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Jika penganjur, dengan niat hendak mengelakkan duti yang dikenakan di bawah Akta ini membuat suatu penyataan yang disebut dalam seksyen 3, yang palsu tentang apa-apa butir material, dia boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau empat kali amaun duti yang kena dibayar, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
*CATATAN—Dahulunya merujuk kepada seksyen 38 Enakmen Kebankrapan 1921 [Chapter 55]
yang merujuk kepada “Priority of debts”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 201
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Ord. 39/1950
Ordinan Duti Pertaruhan dan 15-08-1950
Ambil Tagan (Pindaan) 1950
Ord. 64/1952
Ordinan Duti Pertaruhan dan 30-12-1952
Ambil Tagan (Pindaan) 1952
Ord. 59/1957
Ordinan Duti Pertaruhan dan 28-11-1957
Ambil Tagan (Pindaan) 1957 01-12-1957
Akta 12/1961
Akta Duti Pertaruhan dan 27-03-1961
Ambil Tagan (Pindaan) 1961
Akta 44/1965
Akta Kelab Perlumbaan 01-08-1965
(Ambil Tagan Awam) 1965
Akta 17/1967
Akta Kelab Perlumbaan 06-04-1967
(Ambil Tagan Awam) (Pindaan)
1967
Akta 65
Akta Cukai Perjudian 1972 01-03-1972
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
P.U. (A) 376/1991
Perintah Pengubahsuaian Undang-
15-04-1992
Undang (Rumah Perjudian
Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti
Pertaruhan dan Ambil Tagan dan
Perlumbaan (Lembaga
Totalisator) (Peluasan ke
Wilayah Persekutuan Labuan)
1991
Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 9
P.U. (A) 377/1991
Perintah Pengubahsuaian Undang-
15-04-1992
Undang (Rumah Perjudian
Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti
Pertaruhan dan Ambil Tagan dan
Perlumbaan (Lembaga
Totalisator) (Perluasan ke
Negeri-Negeri Sabah dan
Sarawak) 1991
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 201
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 1A
Akta 12/1961 27-03-1961 2
Akta 39/1950 15-08-1950
Akta 64/1952 30-12-1952
Akta 59/1957 01-12-1957
Akta 12/1961 27-03-1961
Akta 65 01-03-1972
Akta 17/1967 06-04-1967 3
Akta 64/1952 30-12-1952
Akta12/1961 27-03-1961 4
Akta 64/1952 30-12-1952
Akta 12/1961 27-03-1961 5
Akta 59/1957 28-11-1957 6
Akta 44/1965 01-08-1965
Akta 17/1967 06-04-1967 7
Akta 160 29-08-1975
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.