Seksyen 3
Penyataan oleh penganjur
of Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948
Penganjur hendaklah membuat suatu pernyata mengenai amaun yang diterima sebagai pertaruhan dalam setiap satu perlumbaan dan amaun yang disumbangkan kepada setiap satu ambil tagan dan hendaklah, sebagaimana yang ditentukan oleh Pemungut Duti Setem bagi tiap-tiap satunya, sama ada melekatkan padanya setem pelekat yang mempunyai nilai yang sama dengan duti yang boleh dikenakan di bawah seksyen 2, atau membayar amaun duti yang boleh dikenakan sedemikian dalam mata wang Malaysia yang sah.
(2)
Penyataan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada Pemungut:
(a)
dalam hal pertaruhan yang dibuat dalam mana-mana totalisator atau pari mutuel, dalam masa lima belas hari selepas hari terakhir perlumbaan yang pertaruhan itu dibuat, atau
(b)
dalam hal ambil tagan, dalam masa tujuh hari selepas hari ambil tagan itu ditutup, dan Pemungut hendaklah, jika dia menghendaki duti itu dibayar dengan cara setem pelekat, membatalkan setem itu, atau, jika dia telah menghendaki duti itu dibayar dalam mata wang Malaysia yang sah, mengeluarkan resit bagi amaun yang dibayar.
(3)
(Dipotong oleh Akta 12 tahun 1961).