Seksyen 5
Duti yang kena dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia
of Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948
Duti yang dikehendaki dibayar di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan boleh didapatkan dengan apa-apa cara yang berkuat kuasa pada masa ini bagi mendapatkan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
(2)
Amaun apa-apa duti yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan antara hutang yang, di bawah *seksyen 43 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360], atau seksyen 292 Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dikehendaki dibayar terlebih dahulu daripada semua hutang lain dalam pembahagian harta seseorang bankrap atau seseorang yang mati dengan tidak solven atau dalam penggulungan sesuatu syarikat yang tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan.