Skip to content

Seksyen 6

Kecualian

of Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948

ActIn forceProvision 7 of 8
Seksyen 6

Kecuali berkenaan dengan suatu ambil tagan yang dianjurkan oleh kelab lumba yang ditubuhkan dalam Semenanjung Malaysia berdasarkan keputusan suatu perlumbaan kuda, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai membenarkan atau membolehkan mana-mana orang mengambil bahagian dalam mana-mana ambil tagan yang dianjurkan oleh suatu kelab, persatuan atau pertubuhan yang ia bukan anggotanya.