Seksyen 2
Duti atas pertaruhan dan ambil tagan
of Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948
Atas tiap-tiap pertaruhan yang dibuat dalam apa-apa totalisator atau pari mutuel yang dianjurkan oleh Lembaga atau mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan mengikut mana-mana skim yang diluluskan di bawah seksyen 16 Akta
*CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Sarawak menurut P.U. (A) 377/1991 dan terpakai di Wilayah
Persekutuan Labuan menurut P.U. (A) 376/1991.
Undang-Undang Malaysia 6
Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun pertaruhan itu yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(2)
Atas tiap-tiap ambil tagan yang dianjurkan oleh mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan atas keputusan perlumbaan kuda atau perlumbaan lain, sama ada perlumbaan itu diadakan di atau di luar Semenanjung Malaysia, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun yang disumbangkan kepada ambil tagan itu yang ditetapkan oleh Menteri
Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.