Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan) 1956 is Malaysia Act, cited as Act 690 1956, currently marked in force and first recorded in 1956.
MALAYSIA
Akta 690
AKTA ANGKATAN TAKHLISAN
(PEMERBADANAN) 1956
Sebagaimana pada 1 Oktober 2018
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi
Salvation Army (Incorporation) Act 1956 [Act 690]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
[Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat
…
…
…
…
1956 (Ordinan No. 35 tahun 1956)
Disemak … …
… … 2008 (Akta 690 m.b.p.
Disember 2008)
3
Akta 690
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)
Pemerbadanan Jeneral Angkatan Takhlisan dan kuasa perbadanan
Jeneral Angkatan Takhlisan pada masa itu (kemudian daripada ini disebut “Jeneral”) hendaklah bagi segala maksud menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Jeneral Angkatan Takhlisan” dan pertubuhan
Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)
7
perbadanan tersebut (dalam Akta ini disebut “perbadanan”) adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dan mengambil semua prosiding undang-undang di dalam mana-mana Mahkamah di Semenanjung Malaysia atas namanya tersebut.
Meterai bagi perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi perkataan “Jeneral Angkatan Takhlisan” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Perbadanan boleh memperoleh melalui pembelian, hadiah, devis, bekues atau selainnya, dan memegang tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenainya, dan boleh menjual, memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, mendemiskan, memajakkan, menyerahkan balik, menukarkan, memecah milik, menggadaikan, menggadaijanjikan atau selainnya melupuskan atau berurusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang diperoleh sedemikian oleh perbadanan atau terletak hak pada perbadanan oleh Akta ini.
Penggunaan meterai perbadanan
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai bagi perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai bagi perbadanan itu di hadapan Jeneral Angkatan Takhlisan pada masa itu atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan hendaklah juga ditandatangani oleh Jeneral atau wakilnya yang diberi kuasa sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
Penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi dan dikira sebagai keterangan yang mencukupi bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai yang sah bagi perbadanan itu.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 690
Pelantikan
(1)
Apabila diserah simpan di pejabat Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat suatu salinan atau salinan-salinan yang diperakukan oleh Ketua Turus Angkatan Takhlisan atau
Pesuruhjaya yang bertindak pada masa itu sebagai Ketua Turus Angkatan
Takhlisan bagi suatu dokumen atau dokumen-dokumen yang berupa sebagai atau merekodkan pelantikan dan penerimaan jawatan Jeneral Angkatan
Takhlisan, maka salinan dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai keterangan muktamad bahawa orang yang dinamakan dalam salinan atau salinan-salinan terperaku sedemikian ialah orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menjalankan jawatan Jeneral sehingga suatu salinan atau salinan-salinan terperaku yang serupa seperti yang disebut terdahulu direkodkan dan diserah simpan.
Penyerahsimpanan salinan atau salinan-salinan terperaku sedemikian di pejabat Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat hendaklah diberitahukan dalam Warta.
Kuasa untuk melantik wakil
Jeneral hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik seorang wakil bagi apa-apa masa dan maksud dan dengan apa-apa kuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kuasa wakil yang hendaklah didaftarkan di bawah
Akta Surat Kuasa Wakil 1949, dan suatu salinan terperaku surat kuasa wakil itu hendaklah diserah simpan di pejabat Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan penerima surat kuasa wakil tersebut hendaklah disifatkan sebagai wakil yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi Jeneral sehingga suatu salinan terperaku surat kuasa wakil yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949
yang berikutnya dan yang serupa direkodkan dan diserah simpan.
Tiap-tiap wakil itu hendaklah dari semasa ke semasa melalui notis yang ditandatangani sendiri olehnya memberi Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat suatu alamat bagi penyampaian yang butir-butirnya hendaklah dimasukkan ke dalam Warta. Semua writ saman, notis dan proses undang-undang boleh disampaikan kepada perbadanan dengan meninggalkannya di alamat bagi penyampaian itu.
Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)
9
Peletakhakan harta
Semua harta alih dan harta tak alih yang terletak di Semenanjung
Malaysia hingga kini dipegang oleh atau dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahmilikkan, dipindahkan kepada atau selainnya terletak hak pada Jeneral Angkatan Takhlisan yang diperbadankan di bawah Ordinan Angkatan Takhlisan 1939 [Ord. N.N.S. No. 23 tahun 1939],
Negeri-Negeri Selat atau dipegang sebagai amanah oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi perbadanan tersebut atau bagi Angkatan Takhlisan atau
Jeneral adalah dengan ini terletak hak pada perbadanan bagi harta dan kepentingan masing-masing yang baginya harta itu dipegang.
Kecualian bagi Pemerintah dan hak lain
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Baginda Ratu atau hak Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali apa-apa hak sebagaimana yang disebut dalam
Akta ini dan mana-mana orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawahnya.
Pemansuhan
Ordinan Angkatan Takhlisan 1939, Negeri-Negeri Selat dengan ini dimansuhkan.
10
Akta 690
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 332/1958
Perintah
Perlembagaan
Persekutuan
(Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Proklamasi) 1958
13-11-1958
___________
11
Akta 690
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
4
P.U. 332/1958
13-11-1958 5
P.U. 332/1958 13-11-1958
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.