Skip to content

Seksyen 3

Penggunaan meterai perbadanan

of Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan) 1956

ActIn forceProvision 4 of 9
Seksyen 3
(1)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai bagi perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai bagi perbadanan itu di hadapan Jeneral Angkatan Takhlisan pada masa itu atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan hendaklah juga ditandatangani oleh Jeneral atau wakilnya yang diberi kuasa sedemikian seperti yang disebut terdahulu.

(2)

Penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi dan dikira sebagai keterangan yang mencukupi bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai yang sah bagi perbadanan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 690