Skip to content

Seksyen 5

Kuasa untuk melantik wakil

of Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan) 1956

ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 5
(1)

Jeneral hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik seorang wakil bagi apa-apa masa dan maksud dan dengan apa-apa kuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kuasa wakil yang hendaklah didaftarkan di bawah

Akta Surat Kuasa Wakil 1949, dan suatu salinan terperaku surat kuasa wakil itu hendaklah diserah simpan di pejabat Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan penerima surat kuasa wakil tersebut hendaklah disifatkan sebagai wakil yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi Jeneral sehingga suatu salinan terperaku surat kuasa wakil yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949

yang berikutnya dan yang serupa direkodkan dan diserah simpan.

(2)

Tiap-tiap wakil itu hendaklah dari semasa ke semasa melalui notis yang ditandatangani sendiri olehnya memberi Menteri Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat suatu alamat bagi penyampaian yang butir-butirnya hendaklah dimasukkan ke dalam Warta. Semua writ saman, notis dan proses undang-undang boleh disampaikan kepada perbadanan dengan meninggalkannya di alamat bagi penyampaian itu.

Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)

9

Peletakhakan harta