Skip to content

Seksyen 4

Pelantikan

of Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan) 1956

ActIn forceProvision 5 of 9
Seksyen 4

(1)

Apabila diserah simpan di pejabat Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat suatu salinan atau salinan-salinan yang diperakukan oleh Ketua Turus Angkatan Takhlisan atau

Pesuruhjaya yang bertindak pada masa itu sebagai Ketua Turus Angkatan

Takhlisan bagi suatu dokumen atau dokumen-dokumen yang berupa sebagai atau merekodkan pelantikan dan penerimaan jawatan Jeneral Angkatan

Takhlisan, maka salinan dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai keterangan muktamad bahawa orang yang dinamakan dalam salinan atau salinan-salinan terperaku sedemikian ialah orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menjalankan jawatan Jeneral sehingga suatu salinan atau salinan-salinan terperaku yang serupa seperti yang disebut terdahulu direkodkan dan diserah simpan.

(2)

Penyerahsimpanan salinan atau salinan-salinan terperaku sedemikian di pejabat Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat hendaklah diberitahukan dalam Warta.