Skip to content

Seksyen 2

of Akta Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan) 1956

ActIn forceProvision 3 of 9

Seksyen 2

(1)

Jeneral Angkatan Takhlisan pada masa itu (kemudian daripada ini disebut “Jeneral”) hendaklah bagi segala maksud menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Jeneral Angkatan Takhlisan” dan pertubuhan

Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)

7

perbadanan tersebut (dalam Akta ini disebut “perbadanan”) adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(2)

Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dan mengambil semua prosiding undang-undang di dalam mana-mana Mahkamah di Semenanjung Malaysia atas namanya tersebut.

(3)

Meterai bagi perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi perkataan “Jeneral Angkatan Takhlisan” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

(4)

Perbadanan boleh memperoleh melalui pembelian, hadiah, devis, bekues atau selainnya, dan memegang tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenainya, dan boleh menjual, memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, mendemiskan, memajakkan, menyerahkan balik, menukarkan, memecah milik, menggadaikan, menggadaijanjikan atau selainnya melupuskan atau berurusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang diperoleh sedemikian oleh perbadanan atau terletak hak pada perbadanan oleh Akta ini.