In forceUpdated to 1 Jan 2006Current version · Updated to 1 Jan 2006
10g. Section 10g
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai kuasa untuk hadir di dalam mahkamah dan untuk menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa dalam hal seseorang pegawai kanan imigresen atau pegawai kanan kastam, pemberikuasaan itu masingmasing tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah atau Ketua Pengarah Kastam dan Eksais.
(2)
Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.