Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006

10D. Section 10D

Feedback & support
(1)

Apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang semunasabahnya disyaki telah digunakan atau hendak digunakan dalam pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh mana-mana pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam.

(2)

Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain yang disita sedemikian dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepadanya sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya:

Dengan syarat bahawa notis tidak dikehendaki diberikan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat di hadapan atau dengan pengetahuan pemunya itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, "pemunya" termasuklah seorang ejen atau wakil pemunya itu.

Report