5. Mengeluarkan orang yang memasuki Malaysia dengan menyalahi undang-undang
Feedback & supportTanpa menjejaskan apa-apa penalti yang boleh dikenakan ke atasnya oleh Akta ini, seseorang yang memasuki Malaysia berlawanan dengan Akta ini boleh dikeluarkan dari Malaysia apabila dibuat suatu perintah bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa perintah sedemikian tidak terpakai bagi seseorang warganegara.
Suatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan mengenai penahanan dalam jagaan orang yang baginya perintah itu terpakai, selama apa-apa tempoh yang perlu bagi maksud membuat perkiraan untuk mengeluarkannya; dan orang itu boleh menurut perintah itu ditahan sama ada di dalam penjara atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu.
Mana-mana orang yang baginya suatu perintah di bawah subseksyen (1) terpakai boleh dipandu menyeberangi sempadan atau dibawa menaiki sesuatu vesel yang sesuai oleh seseorang pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam, dan boleh ditahan dengan sah di dalam vesel itu selama tempoh vesel itu berada di dalam Malaysia atau di perairan wilayahnya.