10. Kuasa untuk menangkap dan menyiasat
Feedback & supportMana-mana pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pada menjalankan kuasa menangkapnya di bawah subseksyen (1), seorang pegawai imigresen atau seseorang pegawai kastam terikat untuk mematuhi seksyen 28 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Jika mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1), dia hendaklah sesudah itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
Seseorang pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap yang dilakukan di bawah Akta ini, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah.