Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

6. Perbelanjaan mengeluarkan

Feedback & support
(1)

Jika suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 5(1) terpakai bagi seseorang yang telah dibawa ke dalam Malaysia di dalam suatu vesel, ketua vesel itu dan ketua mana-mana vesel lain yang dipunyai oleh pemunya yang sama hendaklah, jika dikehendaki oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada subseksyen (2), menerima orang itu menaiki veselnya dan memberikan orang itu perjalanan percuma ke pelabuhan atau tempat darinya yang orang itu berlepas, dan penginapan dan saraan yang patut semasa pelayaran itu.

(2)

Sesuatu kehendak yang disebut di bawah subseksyen (1) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika ia dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh orang yang disebut terdahulu itu memasuki Malaysia.

(3)

Ketua sesuatu vesel yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report