“elektrik” ertinya kuasa elektrik apabila dijana, dihantar, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud menghantar apa-apa perhubungan atau isyarat;
6
Undang-Undang Malaysia
“jalan” ertinya mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang disenggarakan atas perbelanjaan awam;
“kenderaan” ertinya sesuatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda;
“kenderaan motor” ertinya segala jenis kenderaan yang didorong oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu sendiri dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah sesuatu trailer;
“kesalahan terhadap Akta ini” termasuklah apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan atau kuasa yang diberikan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan apa-apa kegagalan untuk mematuhi apa-apa permintaan atau arahan yang dibuat atau diberikan di bawahnya secara sah di sisi undang-undang;
“lesen memandu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dinamakan oleh Perdana Menteri bagi maksud Akta ini;
“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 4;
“Pendaftar” ertinya Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“petroleum” termaksuklah petroleum dan minyak mentah yang dibuat daripada petroleum, arang batu, syal, gambut atau bahan bitumen lain dan keluaran petroleum lain;
“undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan” ertinya Akta
Pengangkutan Jalan 1987.