Skip to content

Seksyen 15

of Akta Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan) 1974

ActIn forceProvision 15 of 18

Seksyen 15

(1)

Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap

Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan tiap-tiap orang yang, pada masa berlaku kesalahan itu, adalah seorang pengarah atau pegawai bagi pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduh itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui olehnya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya kesalahan itu.

16

Undang-Undang Malaysia

(2)

Apabila mana-mana ejen atau pekhidmat dalam perjalanan pekerjaannya melakukan atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan, yang jika dilakukan atau ditinggalkan dari dilakukan oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan ejen atau pekhidmat itu melakukan kesalahan itu.

(3)

Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti atas suatu kesalahan terhadap Akta ini kerana apa-apa jua perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa ia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mengelakkan perlakuan atau peninggalan daripada dilakukan perkara itu.