Seksyen 4
of Akta Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan) 1974
Seksyen 4
Menteri boleh memberi kuasa, mengikut nama atau jawatan, mana-mana pegawai awam atau pekerja pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan segala atau mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan)
(2)
Apa-apa pemberikuasaan yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3)
Pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya orang yang diberi kuasa sedemikian itu hendaklah apabila diminta mengemukakan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.