Skip to content

Seksyen 8

Pembatalan atau penggantungan lesen memandu

of Akta Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan) 1974

ActIn forceProvision 8 of 18
Seksyen 8
(1)

Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan berkaitan dengan penyimpanan petroleum yang tidak dibenarkan, mahkamah boleh jika difikirkannya patut memerintahkan supaya orang itu hilang kelayakannya dari memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu bagi semua atau apa-apa jenis kenderaan selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(2)

Mana-mana orang yang hilang kelayakan memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu menurut kuasa suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai hilang kelayakan di bawah Bahagian II dalam undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan dan peruntukan undang-undang itu hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu kehilangan kelayakan di bawah seksyen ini.

(3)

Seseorang yang hilang kelayakan memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu menurut suatu perintah mahkamah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh merayu terhadap perintah itu mengikut cara yang sama sebagaimana rayuan terhadap sesuatu sabitan dan mahkamah boleh jika difikirkannya patut menggantung perjalanan kuat kuasa perintah itu sementara menanti keputusan rayuan itu.