Skip to content

Seksyen 6

Kuasa untuk memasuki premis

of Akta Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan) 1974

ActIn forceProvision 6 of 18
Seksyen 6
(1)

Jika mana-mana orang yang diberi kuasa, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai kastam ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, pegawai yang diberi kuasa itu, pegawai polis itu atau pegawai kastam itu, selepas mengemukakan kepada penduduk itu kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya, boleh memasuki mana-mana premis dan boleh menjalankan apa-apa pemeriksaan (termasuk pemeriksaan buku-buku) yang difikirkannya perlu dan boleh menyita dan menahan mana-mana buku, dokumen atau benda lain atau petroleum yang dijumpai dalam premis itu yang boleh memberi keterangan tentang pelakuan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2)

Mana-mana yang menghalang atau merintang mana-mana orang yang diberi kuasa, pegawai polis atau pegawai kastam pada menjalankan dengan sah di sisi undang-undang mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.