Skip to content
ActIn force

Goods and Services (Repeal) Act 2018

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2018
Sections
10

Goods and Services (Repeal) Act 2018 is Malaysia Act, cited as Act 805 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 805

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 805

Tarikh Perkenan Diraja

...

... 24 Ogos 2018

Tarikh penyiaran dalam Warta ...

... 28 Ogos 2018

Hakcipta Pencetak H

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 805

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini—

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014 [Akta 762];

“cukai barang dan perkhidmatan” ertinya cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan dan dilevikan di bawah Akta yang dimansuhkan;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 805

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 805

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2);

“tempoh bercukai” ertinya tempoh bercukai yang dibenarkan atau ditetapkan semula oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 40

Akta yang dimansuhkan;

“Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan” ertinya

Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 125 Akta yang dimansuhkan;

“Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141b Akta Kastam 1967.

Pemansuhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dimansuhkan.

Penerusan liabiliti, dsb.

(1)

Walaupun Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

dimansuhkan—

(a)

apa-apa liabiliti yang ditanggung boleh dikuatkuasakan;

atau

(b)

apa-apa cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa, yang terlebih bayar atau yang terkhilaf bayar boleh dipungut, dibayar balik atau diremitkan, di bawah Akta yang dimansuhkan seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan.

(2)

Walaupun Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

dimansuhkan, seksyen 178, 181 dan 191 Akta yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa selepas tarikh yang ditetapkan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan)

7

Permohonan untuk semakan yang belum selesai dan rayuan yang belum selesai

(1)

Apa-apa permohonan untuk semakan di bawah subseksyen 124(1) Akta yang dimansuhkan yang belum selesai di hadapan Ketua Pengarah bagi keputusannya sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan.

(2)

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 124(2) Akta yang dimansuhkan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, yang boleh dirayu kepada

Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan, boleh dirayu oleh orang yang terkilan kepada Tribunal Rayuan Kastam dengan syarat bahawa rayuan itu dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu dimaklumkan kepada orang yang terkilan itu oleh Ketua Pengarah.

(3)

Apa-apa rayuan di hadapan Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, diteruskan untuk didengar dan diputuskan oleh Tribunal Rayuan

Kastam.

Pengemukaan penyata bagi tempoh bercukai terakhir dan pembayaran cukai barang dan perkhidmatan

(1)

Walau apa pun seksyen 40 Akta yang dimansuhkan, apa-apa tempoh bercukai yang bermula sebelum tarikh yang ditetapkan dan berakhir selepas tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan berakhir pada tarikh yang ditetapkan.

(2)

Orang yang berdaftar di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah—

(a)

mengemukakan penyata bagi semua pembekalan yang dibuat dalam tempoh bercukai yang disebut dalam subseksyen (1)

setakat tarikh yang ditetapkan; dan

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 805

(b)

membayar amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar yang berhubungan dengan pembekalan itu, kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh yang ditetapkan.

Pengemukaan perisytiharan dan pembayaran cukai barang dan perkhidmatan

Walaupun Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

dimansuhkan, mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 42(1)

Akta yang dimansuhkan yang bertanggungan bagi cukai barang dan perkhidmatan dalam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah—

(a)

mengemukakan suatu perisytiharan di bawah seksyen 42

Akta yang dimansuhkan; dan

(b)

membayar amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh yang ditetapkan.

Tuntutan bagi cukai input dan pembayaran balik

(1)

Apa-apa cukai input di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum dituntut sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah dituntut dalam penyata yang dikemukakan di bawah perenggan 6(2)(a) dalam masa satu ratus dua puluh hari dari tarikh yang ditetapkan, dan tuntutan itu hendaklah dianggap sebagai tuntutan muktamad bagi semua cukai input.

(2)

Tertakluk kepada penentusahan, audit atau siasatan, apa-apa pembayaran balik bagi—

(a)

apa-apa cukai input di bawah seksyen 38 Akta yang dimansuhkan yang belum dibuat oleh Ketua Pengarah pada tarikh yang ditetapkan; atau

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan)

(b)

apa-apa cukai input yang berhubungan dengan tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (1), hendaklah dibayar oleh Ketua Pengarah dalam masa enam tahun dari tarikh yang ditetapkan.

Penerusan pelantikan dan pekerjaan

(1)

Walaupun Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

dimansuhkan dan bagi maksud seksyen 4, mana-mana orang selain pegawai kastam boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah di bawah subseksyen 5(3)

Akta yang dimansuhkan, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, bagi apa-apa tugas atau perkhidmatan seolah-olah subseksyen itu tidak dimansuhkan.

(2)

Mana-mana orang selain pegawai kastam yang—

(a)

telah dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 5(3)

Akta yang dimansuhkan yang pelantikan atau pekerjaannya masih sah sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan; atau

(b)

dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen (1), hendaklah terus melaksanakan tugas atau perkhidmatan itu sehingga pelantikan atau pekerjaannya habis tempoh atau dibatalkan oleh

Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Ejen cukai

Mana-mana ejen cukai yang kelulusannya di bawah seksyen 170 Akta yang dimansuhkan masih sah sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan boleh terus bertindak bagi pihak mana-mana orang bagi apa-apa perkara di bawah Akta yang dimansuhkan pada atau selepas tarikh yang ditetapkan sehingga kelulusan itu habis tempoh atau dibatalkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Common questions

What is Goods and Services (Repeal) Act 2018?
Goods and Services (Repeal) Act 2018 is Malaysia Act, cited as Act 805 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Is Goods and Services (Repeal) Act 2018 still in force?
Yes — Goods and Services (Repeal) Act 2018 is currently in force.
When did Goods and Services (Repeal) Act 2018 take effect?
Goods and Services (Repeal) Act 2018 was first recorded in 2018.
How many sections does Goods and Services (Repeal) Act 2018 have?
Goods and Services (Repeal) Act 2018 contains 10 sections.
Where can I read the official version of Goods and Services (Repeal) Act 2018?
The official text of Goods and Services (Repeal) Act 2018 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.