Section 5
Permohonan untuk semakan yang belum selesai dan rayuan yang belum selesai
of Goods and Services (Repeal) Act 2018
(2)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 124(2) Akta yang dimansuhkan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, yang boleh dirayu kepada
Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan, boleh dirayu oleh orang yang terkilan kepada Tribunal Rayuan Kastam dengan syarat bahawa rayuan itu dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu dimaklumkan kepada orang yang terkilan itu oleh Ketua Pengarah.
(3)
Apa-apa rayuan di hadapan Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, diteruskan untuk didengar dan diputuskan oleh Tribunal Rayuan
Kastam.
Pengemukaan penyata bagi tempoh bercukai terakhir dan pembayaran cukai barang dan perkhidmatan