Section 9
Penerusan pelantikan dan pekerjaan
of Goods and Services (Repeal) Act 2018
Walaupun Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
dimansuhkan dan bagi maksud seksyen 4, mana-mana orang selain pegawai kastam boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah di bawah subseksyen 5(3)
Akta yang dimansuhkan, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, bagi apa-apa tugas atau perkhidmatan seolah-olah subseksyen itu tidak dimansuhkan.
(2)
Mana-mana orang selain pegawai kastam yang—
(a)
telah dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 5(3)
Akta yang dimansuhkan yang pelantikan atau pekerjaannya masih sah sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan; atau
(b)
dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen (1), hendaklah terus melaksanakan tugas atau perkhidmatan itu sehingga pelantikan atau pekerjaannya habis tempoh atau dibatalkan oleh
Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang lebih awal.