Skip to content

Section 2

Dalam Akta ini—

of Goods and Services (Repeal) Act 2018

ActIn forceProvision 2 of 10
Section 2

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014 [Akta 762];

“cukai barang dan perkhidmatan” ertinya cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan dan dilevikan di bawah Akta yang dimansuhkan;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 805

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 805

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2);

“tempoh bercukai” ertinya tempoh bercukai yang dibenarkan atau ditetapkan semula oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 40

Akta yang dimansuhkan;

“Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan” ertinya

Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 125 Akta yang dimansuhkan;

“Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141b Akta Kastam 1967.