Section 8
Tuntutan bagi cukai input dan pembayaran balik
of Goods and Services (Repeal) Act 2018
Apa-apa cukai input di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum dituntut sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah dituntut dalam penyata yang dikemukakan di bawah perenggan 6(2)(a) dalam masa satu ratus dua puluh hari dari tarikh yang ditetapkan, dan tuntutan itu hendaklah dianggap sebagai tuntutan muktamad bagi semua cukai input.
(2)
Tertakluk kepada penentusahan, audit atau siasatan, apa-apa pembayaran balik bagi—
(a)
apa-apa cukai input di bawah seksyen 38 Akta yang dimansuhkan yang belum dibuat oleh Ketua Pengarah pada tarikh yang ditetapkan; atau
Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan)
(b)
apa-apa cukai input yang berhubungan dengan tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (1), hendaklah dibayar oleh Ketua Pengarah dalam masa enam tahun dari tarikh yang ditetapkan.