/akn/my/act/act/2026/881

AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2026
Sections
9
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 is Malaysia Act, cited as Act 881 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menguatkuasakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan, untuk membuat peruntukan bagi penguatkuasaan dan kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [ ]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan, yang juga dikenali sebagai Konvensyen Singapura mengenai Pengantaraan, telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 Disember 2018, dan seterusnya mula berkuat kuasa pada 12 September 2020; DAN BAHAWASANYA setelah mengiktiraf nilai pengantaraan sebagai suatu kaedah untuk menyelesaikan pertikaian komersial secara baik dan mengambil maklum akan peningkatan penggunaan pengantaraan di peringkat antarabangsa dan domestik, Malaysia telah menandatangani Konvensyen tersebut pada 7 Ogos 2019 dan berhasrat untuk meratifikasi Konvensyen itu dan dengan itu menjadi Pihak kepada Konvensyen tersebut; UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 881 Undang-Undang Malaysia 6 Akta 881 DAN BAHAWASANYA penubuhan suatu kerangka undang-undang bagi perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan di bawah Konvensyen itu akan mengurangkan pertikaian yang mengakibatkan penamatan hubungan komersial, memudahkan pentadbiran transaksi komersial antarabangsa dan menyumbang kepada pembangunan hubungan ekonomi antarabangsa yang harmoni; MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“institusi” ertinya suatu badan, entiti atau organisasi yang menjalankan prosiding;

“Konvensyen” ertinya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang

Terhasil daripada Pengantaraan;

“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan

Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang;

“Negara” ertinya suatu Negara yang berdaulat dan bukan suatu negeri komponen di Malaysia;

Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 7

“pengantara” ertinya seseorang yang dilantik oleh pihak-pihak kepada pengantaraan untuk membantu pihak-pihak itu untuk mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaiannya;

“pengantaraan” ertinya suatu proses, tanpa mengira ungkapan yang digunakan atau asas yang berdasarkannya proses itu dijalankan, yang melaluinya dua atau lebih pihak-pihak kepada pengantaraan cuba untuk mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaian komersialnya dengan bantuan seseorang pengantara;

“perjanjian penyelesaian” ertinya suatu perjanjian secara bertulis yang terhasil daripada pengantaraan dan dipersetujui antara pihak-pihak kepada pengantaraan itu bagi penyelesaian suatu pertikaian komersial;

“perjanjian penyelesaian antarabangsa” ertinya suatu perjanjian penyelesaian yang baginya Akta ini terpakai sebagaimana yang disebut dalam seksyen 3;

“pihak” atau “pihak-pihak” ertinya suatu pihak atau pihak-pihak kepada suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa, tetapi tidak termasuk pengantara yang membantu pihak atau pihak-pihak kepada pengantaraan yang menghasilkan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

“prosiding” ertinya apa-apa prosiding daripada jenis sivil dan termasuklah apa-apa permohonan yang dibuat pada mana-mana peringkat prosiding itu;

“tandatangan” termasuklah tandatangan elektronik sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perdagangan Elektronik 2006

[Akta 658].

Seksyen 3

Pemakaian

Open as pageSuggest a correction

(a)

sekurang-kurangnya dua daripada pihak-pihak mempunyai tempat perniagaannya di Negara yang berbeza; atau

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 881

Suggest a correction

(b)

Negara yang dalamnya pihak-pihak itu mempunyai tempat perniagaannya adalah berbeza daripada mana-mana satu—

Suggest a correction

(i)

Negara yang dalamnya sebahagian besar kewajipan di bawah perjanjian penyelesaian itu dilaksanakan;

atau

(ii)

Negara yang dengannya hal perkara perjanjian penyelesaian itu paling berkait rapat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi perjanjian penyelesaian antarabangsa yang berikut:

(a)

yang telah dipersetujui untuk menyelesaikan suatu pertikaian yang timbul daripada transaksi yang dilakukan oleh salah satu pihak yang merupakan seorang pengguna bagi maksud peribadi, keluarga atau rumah tangga;

Suggest a correction

(b)

yang timbul daripada undang-undang keluarga, pewarisan atau pekerjaan;

Suggest a correction

(c)

yang telah dipersetujui atau direkodkan sebagai suatu penghakiman mahkamah semasa penjalanan prosiding mahkamah dan boleh dikuatkuasakan sebagai suatu penghakiman mahkamah; dan

Suggest a correction

(d)

yang boleh dikuatkuasakan sebagai suatu award timbang tara.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, tempat perniagaan yang relevan adalah yang mempunyai hubungan yang paling rapat dengan pertikaian yang diselesaikan melalui perjanjian penyelesaian antarabangsa itu, dengan mengambil kira hal keadaan yang diketahui, atau dicadangkan oleh, pihak-pihak pada masa perjanjian penyelesaian antarabangsa itu dipersetujui;

dan

Suggest a correction

(b)

jika suatu pihak tidak mempunyai tempat perniagaan, tempat perniagaan itu merujuk kepada pemastautinan lazim pihak itu.

Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 9

Permohonan bagi penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan dokumen dan keterangan yang berikut:

(a)

perjanjian penyelesaian antarabangsa asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya yang ditandatangani oleh pihak-pihak; dan

Suggest a correction

(b)

keterangan bahawa perjanjian penyelesaian antarabangsa itu terhasil daripada pengantaraan, seperti—

Suggest a correction

(i)

tandatangan pengantara yang membantu pihak-pihak kepada pengantaraan itu pada perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

(ii)

suatu dokumen yang ditandatangani oleh pengantara yang mengesahkan bahawa pengantaraan itu telah dijalankan; atau

Suggest a correction

(iii)

suatu aku saksi oleh badan atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam ketiadaan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b), pihak itu boleh mengemukakan apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Mahkamah Tinggi untuk menyokong permohonan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1)

bersama-sama dengan dokumen yang disebut dalam perenggan (2)(a)

dan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau subseksyen (3), Mahkamah Tinggi boleh merekodkan atau menolak untuk merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai suatu perintah Mahkamah Tinggi.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 881

Suggest a correction

(5)

Jika Mahkamah Tinggi merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini—

(a)

perjanjian penyelesaian antarabangsa itu boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana pihak boleh bergantung kepada perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai pembelaan, tolakan atau selainnya dalam mana-mana prosiding.

Penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu pihak kepada perjanjian penyelesaian antarabangsa yang berhasrat untuk mengemukakan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah atau institusi hendaklah mengemukakan kepada mahkamah atau institusi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dokumen dan keterangan yang berikut:

(a)

perjanjian penyelesaian antarabangsa asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya yang ditandatangani oleh pihak-pihak; dan

Suggest a correction

(b)

keterangan bahawa perjanjian penyelesaian antarabangsa itu terhasil daripada pengantaraan, seperti—

Suggest a correction

(i)

tandatangan pengantara yang membantu pihak-pihak kepada pengantaraan itu pada perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 11

(ii)

suatu dokumen yang ditandatangani oleh pengantara yang mengesahkan bahawa pengantaraan itu telah dijalankan; atau

Suggest a correction

(iii)

suatu aku saksi oleh badan atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam ketiadaan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b), pihak itu boleh mengemukakan apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh mahkamah atau institusi itu.

Suggest a correction

(4)

Apabila menerima dokumen yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b)

atau subseksyen (3), mahkamah atau institusi itu boleh menerima atau menolak untuk menerima perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai keterangan dalam prosidingnya.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini, sebutan mengenai mahkamah termasuklah Mahkamah Tinggi.

Bahasa perjanjian penyelesaian antarabangsa

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Jika perjanjian penyelesaian antarabangsa yang berkenaan adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa

Inggeris, pihak yang membuat permohonan supaya suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa direkodkan sebagai suatu perintah

Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 4(1), atau pihak yang berhasrat untuk mengemukakan suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah atau institusi di bawah subseksyen 5(2), hendaklah membekalkan kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana mahkamah lain atau institusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu terjemahan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu yang diperakui dengan sempurnanya dalam bahasa Inggeris.

Alasan untuk menolak permohonan bagi penguatkuasaan dan penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika pihak yang lain itu memberikan bukti bahawa—

Suggest a correction

(A)

batal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa atau tidak dapat dilaksanakan di bawah undang-undang yang terpakai yang berhubungan dengan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

Suggest a correction

(B)

tidak mengikat, atau tidak muktamad, menurut termanya; atau

Suggest a correction

(C)

telah kemudiannya diubah suai;

(iii)

kewajipan di bawah perjanjian penyelesaian antarabangsa itu—

Suggest a correction
Suggest a correction

(B)

tidak jelas atau tidak boleh difahami;

(iv)

membenarkan permohonan atau pengemukaan itu adalah bertentangan dengan terma perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

terdapat kemungkiran yang serius oleh pengantara terhadap standard yang terpakai bagi pengantara, atau pengantaraan, yang tanpa kemungkiran itu pihak itu tidak akan membuat perjanjian penyelesaian antarabangsa itu; atau

(vi)

terdapat kegagalan oleh pengantara untuk menzahirkan kepada pihak-pihak hal keadaan yang menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan terhadap kesaksamaan atau kebebasan pengantara itu dan kegagalan untuk menzahirkan itu memberi

Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 13

kesan material atau pengaruh tidak wajar atas suatu pihak, yang tanpa kegagalan itu pihak itu tidak akan membuat perjanjian penyelesaian antarabangsa itu; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

jika Mahkamah Tinggi atau mana-mana mahkamah lain atau institusi mendapati bahawa—

Suggest a correction

(i)

terma perjanjian penyelesaian antarabangsa itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia; atau

(ii)

hal perkara pertikaian komersial itu tidak dapat diselesaikan melalui pengantaraan di bawah undang-undang Malaysia.

Pengetepian perintah mahkamah yang berhubungan dengan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memberikan mana-mana bukti yang disebut dalam perenggan 7(1)(a); atau

Suggest a correction

(i)

terma perjanjian penyelesaian antarabangsa itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia; atau

(ii)

hal perkara pertikaian komersial itu tidak dapat diselesaikan melalui pengantaraan di bawah undang-undang Malaysia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1)

bersama-sama dengan bukti dan keterangan yang diberikan atau dikemukakan sedemikian, Mahkamah Tinggi boleh mengetepikan perintah yang dibuat di bawah subseksyen 4(4).

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 881

Permohonan atau tuntutan selari

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Jika permohonan supaya suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa direkodkan sebagai suatu perintah Mahkamah Tinggi telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 4(1)

dan belum selesai, dan suatu permohonan atau tuntutan selari yang berhubungan dengan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang sama juga telah dibuat dan belum selesai di mana-mana mahkamah lain, tribunal timbang tara atau di mana-mana badan lain yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia atau di mana-mana

Negara lain, dan Mahkamah Tinggi itu berpendapat bahawa prosiding permohonan atau tuntutan selari itu boleh atau berkemungkinan menjejaskan permohonan di bawah subseksyen 4(1),

Mahkamah Tinggi itu boleh—

(a)

menangguhkan keputusannya mengenai permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 4(1) sehingga prosiding permohonan atau tuntutan selari itu berakhir; dan

Suggest a correction

(b)

atas permohonan suatu pihak, memerintahkan pihak yang satu lagi itu untuk memberi jaminan yang sesuai.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026?
AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 is Malaysia Act, cited as Act 881 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 still in force?
Yes — AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 is currently in force.
When did AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 take effect?
AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 have?
AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 contains 9 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026?
The official text of AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026 (No. 881)