Act of Parliament · As enacted · 4 parts
Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972
Feedback & supportPart I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors
s 1
Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara, 1972.
Akta ini hendak-lah mula berkuatkuasa pada tarikh yang di-tetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta, dan tarikh $ ^{2} $ yang berlainan boleh di-tetapkan bagi berlain-lain Negeri atau bahagian dalam Malaysia.
s 2
Dalam Akta ini, melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain:
"ahli" erti-nya mana $ ^{2} $ ahli Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara termasok Pengerusi, Pengerusi sementara dan mana $ ^{2} $ ahli sementara yang di-lantek dibawah sekshen 3 (5);
"Kumpulanwang" erti-nya kumpulanwang yang ditubohkan di-bawah sekshen 6;
"Lembaga" erti-nya Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara yang di-tubohkan di-bawah sekshen 3;
" nakanan tarnak "
"Menteri" erti-nya Menteri yang bertanggongjawab bagi ternakan haiwan;
"Pengerusi" erti-nya Pengerusi Lembaga Kemajuan Haiwan Negara;
"Pengerusi sementara" erti-nya sa-saorang Pengerusi sementara Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara yang di-lantek di-bawah sekshen 3 (5);
"pengeluaran ternakan" termasok-lah apa² keluaran ternakan dan apa² benda makanan atau minuman yang kesemua-nya atau sa-bahagian-nya di-buat atau di-dapati dari apa² keluaran tersebut, dan daging, tulang, jeroan, tandok, bulu dan kulit ternakan;
"rumah bantai" erti-nya sa-suatu tempat menyembeleh binatang $ ^{2} $ dengan mempunyai kemudahan $ ^{2} $ yang sa-patut bagi memereksa daging;
"ternakan" termasok-lah ayam-itek.
s 3
Maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu pertubohan perbadanan bernama Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (kemudian daripada ini di-sebut "Lembaga") yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama-nya dan, tertaklok kapada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrek dan ada mempunyai kuasa bagi memperolehi dan memegang harta aleh atau harta takaleh dan bagi melepaskan-nya atau dengan sachara lain membuat apa² urusan mengenai-nya.
Peruntokan $ ^{2} $ Jadual Pertama kapada Akta ini hendak-lah berkuatkuasa berkenaan dengan-Lembaga.
Lembaga hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ yang berikut yang di-lantek oleh Menteri:
sa-orang Pengerusi;
sa-orang Timbalan Pengerusi;
sa-orang wakil Kementerian Pertanian dan/Tanah;
sa-orang wakil Perbendaharaan;
sa-orang wakil Bahagian Haiwan, Kementerian Pertanian dan Tanah;
sa-orang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan; dan
tidak lebeh daripada 5 orang lagi yang berpengalaman dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara $ ^{2} $ berhubong dengan perusahaan ternakan dan keluaran ternakan atau pemasaran, kewangan dan pentadbiran.
Apabila melantek orang $ ^{2} $ yang tersebut dalam perenggan $ \angle (g) $ sekshen-kechil (3), Menteri hendak-lah memberi pertimbangan tentang perlu-nya berbagai kepentingan dan wilayah dalam Malaysia di-wakili.
Sa-orang Pengerusi sementara atau sa-orang ahli sementara boleh di-lantek dalam masa Pengerusi atau ahli Lembaga tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh sebab sakit atau tidak ada dalam Malaysia atau oleh apa $ ^{2} $ sebab lain), dan Pengerusi sementara atau ahli sementara itu hendak-lah di-lantek dengan chara sa-rupa saperti Pengerusi atau ahli di-lantek di-bawah sekshen ini.
Sa-saorang ahli hendak-lah memegang jawatan sa-lama tempoh yang di-nyatakan dalam suratchara perlantekan-nya melainkan jika ia terlebeh dahulu meletakkan jawatan-nya atau perlantekan-nya di-batalkan, dan ada-lah layak di-lantek sa-mula.
Menteri boleh memberi kapada Lembaga arahan $ ^{2} $ sa-chara am yang tidak berlawanan dengan peruntokan $ ^{2} $ Akta ini tentang menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ Lembaga.
s 4
Tugas $ ^{2} $ Lembaga ia-lah untok—
menggalak dan memajukan pengurusan yang chekap dan berkesan mengenai enterprais $ ^{2} $ ternakan dan keluaran ternakan;
mengadakan, mengurus dan menyenggara rumah $ ^{2} $ bantai;
d) (e) mengadakan dan menyelia kemudahan² kredit bagi pengeluaran ternakan dan bagi mempastikan supaya kemudahan² itu di-gunakan sa-penoh-nya; dan-
mengambil bahagian dalam enterprais $ ^{2} $ ternakan dan keluaran ternakan termasok perusahaan $ ^{2} $ memproses;
bagi berniaga ternakan, keluaran ternakan dan alat kelengkapan perusahaan ternakan;
dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, mengikat penyertaan ekuiti dalam apa $ ^{2} $ enterprais ternakan dan keluaran ternakan atau dalam apa $ ^{2} $ usaha yang berniagakan atau memproses makanan ternakan; dan
bagi menjalankan usaha $ ^{2} $ mengeluarkan haiwan dan makanan ternakan;
Lembaga ada-lah berkuasa melakukan segala perkara yang menasabah perlu untok atau bersampingan dengan menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah sekshen-kechil (1) dan khusus-nya—
bagi menjalankan segala kegiatan yang pada pendapat-nya perlu, berfaedah atau sesuai untok atau berhubong dengan menjalankan tugas²-nya termasok kegiatan mengangkut, memindah, membungkus, memproses, menyimpan, memperingkat, menjual ternakan dengan lelong dan juga lain² chara pemasaran ternakan am-nya;
melakukan apa $ ^{2} $ perkara lain yang di-fikirkan patut oleh Lembaga untok membolehkan ia menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ -nya yang tersebut di-atas itu dengan berkesan.
Dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga boleh dari sa-masa ka-samasa menubohkan suatu perbadanan dengan apa $ ^{2} $ nama yang di-fikirkan patut oleh Lembaga untok menjalankan dan mengelola, melaksana serta menguruskan sa-suatu projek, ranchangan atau enterprais yang telah di-ranchang atau di-usahakan oleh Lembaga pada menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah sekshen ini; dan peruntokan $ ^{2} $ Jadual Kedua kapada Akta ini hendak-lah; di-pakai bagi sa-suatu perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen-kechil ini.
s 5
Timbalan Pengerusi Lembaga hendak-lah menjadi Pengurus Besar yang akan bertanggongjawab atas pentadbiran dan pengurusan hari ka-sahari hal ehwal Lembaga dan akan menjalankan apa $ ^{2} $ kewajipan dan kuasa sabagaimana yang di-amanah atau di-wakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi apabila bertindak bagi pehak Lembaga.
Lembaga boleh melantek pegawai dan penjawat yang di-fikirkan-nya perlu untok menjalankan hal ehwal Lembaga dengan chekap.
Pegawai dan penjawat Lembaga hendak-lah memegang jawatan sa-lama satu atau beberapa tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertaklok kapada apa $ ^{2} $ sharat perkhidmatan mengikut sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Pengurus Besar, pegawai dan penjawat Lembaga hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkuatkuasa di-Malaysia Barat atau dalam erti mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang bersamaan dengan-nya yang berkuatkuasa di-Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
s 6
Bagi maksud Akta ini maka ada-lah dengan ini ditubohkan suatu kumpulanwang (kemudian daripada ini di-sebut "Kumpulanwang") yang akan di-tadbir dan di-kawal oleh Lembaga—
yang ka-dalam-nya akan di-masokkan—
apa $ ^{2} $ wang yang di-peruntokkan dari sa-masa ka-samasa oleh Parlimen;
apa $ ^{2} $ wang yang di-dapati oleh Lembaga dalam menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah atau menurut peruntokan $ ^{2} $ Akta ini;
segala wang atau harta lain sama ada harta aleh atau harta takaleh yang mungkin dengan apa $ ^{2} $ chara kena di-bayar kapada atau terletakhak pada Lembaga;
apa $ ^{2} $ wang yang di-dapati atau terbit dari apa $ ^{2} $ kemajuan, pelaboran, gadaijanji, gadaian atau dibenchar yang di-perolehi oleh atau terletakhak pada Lembaga;
wang yang di-pinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan apa $ ^{2} $ tanggongan-nya atau bagi maksud menjalankan apa $ ^{2} $ tugasnya; dan
yang dari-nya akan di-bayar
semua perbelanjaan (termasok perbelanjaan modal) yang di-lakukan oleh Lembaga pada menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ -nya; dan
wang bagi membayar balek apa $ ^{2} $ pinjaman yang telah di-beri kapada Lembaga menurut kuasa-nya untok meminjam.
Sa-belum permulaan bulan Jun tiap $ ^{2} $ satu tahun, Lembaga hendak-lah menghantar kapada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasok perbelanjaan bagi projek $ ^{2} $ pembangunan) bagi tahun yang berikut-nya mengikut apa $ ^{2} $ bentok dan mengandongi apa $ ^{2} $ butir sa-bagaimana yang di-kehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendak-lah sa-belum permulaan bulan November tahun itu memberitahu Lembaga jumlah wang yang di-benarkan bagi perbelanjaan am-nya atau jumlah $ ^{2} $ wang yang di-benarkan bagi tiap $ ^{2} $ satu jenis perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila $ ^{2} $ masa menghantar kapada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana $ ^{2} $ satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana $ ^{2} $ bahagian perbelanjaan tambahan yang di-masokkan dalam anggaran tambahan itu.
s 7
Lembaga boleh, mengikut sharat $ ^{2} $ yang di-luluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam wang sa-banyak yang diperlukan oleh-nya bagi menjalankan sa-suatu tugas-nya.
s 8
Aset $ ^{2} $ Kumpulanwang, sa-takat mana yang tidak dikehendaki untok di-belanjakan oleh Lembaga di-bawah Akta ini, boleh di-laborkan mengikut chara yang di-luluskan oleh Menteri Kewangan.
s 9
Lembaga hendak-lah menyimpan dengan sa-patutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanan-nya dan hendak-lah menyediakan penyata akaun bagi tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan.
Akaun $ ^{2} $ Lembaga hendak-lah di-odit oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Sa-lepas berakhir tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan dan sa-lepas sahaja akaun $ ^{2} $ Lembaga di-odit, Lembaga hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu mengikut chara sa-bagaimana di-kehendaki oleh Menteri di-hantar kapada Menteri, bersama dengan satu salinan apa $ ^{2} $ pandangan yang di-buat oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (2) mengenai mana $ ^{2} $ penyata atau mengenai akaun $ ^{2} $ Lembaga.
Menteri hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan tiap $ ^{2} $ satu penyata dan pandangan itu di-bentangkan dalam tiap $ ^{2} $ satu Majlis Parlimen.
Peruntokan $ ^{2} $ sekshen-kechil (4) hendak-lah di-pakai bagi penyata akaun $ ^{2} $ yang telah di-odit bagi sa-suatu perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 4 (termasok pandangan odit mengenai penyata itu dan akaun $ ^{2} $-nya).
s 10
Lembaga hendak-lah tidak lewat daripada 30 haribulan Jun tiap $ ^{2} $ satu tahun mengarahkan supaya di-buat dan di-hantar kapada Menteri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan $ ^{2} $ Lembaga dalam tahun yang lalu dan mengandongi apa $ ^{2} $ maklumat berhubong dengan perjalanan dan dasar Lembaga sa-bagaimana yang di-kehendaki dari sa-masa ka-samasa oleh Menteri.
10A+10B---
AM
s 11
Dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh dari sa-masa ka-samasa membuat kaedah $ ^{2} $ bagi maksud menjalankan peruntokan Akta ini.
Khusus-nya dan tanpa menyentoh keluasan makna peruntokan yang di-atas, kaedah $ ^{2} $ itu boleh—
membuat peratoran bagi mengawal dan mengurus apa $ ^{2} $ bantuan (sama ada bantuan kewangan atau lain) yang mungkin di-beri kapada enterprais $ ^{2} $ ternakan dan keluaran ternakan;
mengawal pemasaran dan pembahagian ternakan dan keluaran ternakan yang di-punyai oleh dan yang di-peruntokkan bagi Lembaga;
dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengadakan peruntokan bagi menuboh dan menguruskan kumpulanwang simpanan bercharum bagi pegawai dan penjawat Lembaga, atau bagi membayar penchen, elaun atau ganjaran kapada pegawai dan penjawat tersebut apabila bersara atau apabila berhenti memegang jawatan sa-bagai pegawai dan penjawat Lembaga; dan
menetapkan apa $ ^{2} $ perkara yang di-kehendaki oleh Akta ini supaya di-tetapkan.