Skip to content
RepealedAs enacted
Contents

Part I · Permulaan

Section 5

Feedback & support
(1)

Timbalan Pengerusi Lembaga hendak-lah menjadi Pengurus Besar yang akan bertanggongjawab atas pentadbiran dan pengurusan hari ka-sahari hal ehwal Lembaga dan akan menjalankan apa $ ^{2} $ kewajipan dan kuasa sabagaimana yang di-amanah atau di-wakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi apabila bertindak bagi pehak Lembaga.

(2)

Lembaga boleh melantek pegawai dan penjawat yang di-fikirkan-nya perlu untok menjalankan hal ehwal Lembaga dengan chekap.

(3)

Pegawai dan penjawat Lembaga hendak-lah memegang jawatan sa-lama satu atau beberapa tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertaklok kapada apa $ ^{2} $ sharat perkhidmatan mengikut sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(4)

Pengurus Besar, pegawai dan penjawat Lembaga hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkuatkuasa di-Malaysia Barat atau dalam erti mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang bersamaan dengan-nya yang berkuatkuasa di-Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

Report