Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972 · As enacted · Part I · Permulaan
Section 9
Feedback & supportLembaga hendak-lah menyimpan dengan sa-patutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanan-nya dan hendak-lah menyediakan penyata akaun bagi tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan.
Akaun $ ^{2} $ Lembaga hendak-lah di-odit oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Sa-lepas berakhir tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan dan sa-lepas sahaja akaun $ ^{2} $ Lembaga di-odit, Lembaga hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu mengikut chara sa-bagaimana di-kehendaki oleh Menteri di-hantar kapada Menteri, bersama dengan satu salinan apa $ ^{2} $ pandangan yang di-buat oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (2) mengenai mana $ ^{2} $ penyata atau mengenai akaun $ ^{2} $ Lembaga.
Menteri hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan tiap $ ^{2} $ satu penyata dan pandangan itu di-bentangkan dalam tiap $ ^{2} $ satu Majlis Parlimen.
Peruntokan $ ^{2} $ sekshen-kechil (4) hendak-lah di-pakai bagi penyata akaun $ ^{2} $ yang telah di-odit bagi sa-suatu perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 4 (termasok pandangan odit mengenai penyata itu dan akaun $ ^{2} $-nya).