Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972 · As enacted · Part I · Permulaan
Section 3
Feedback & supportMaka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu pertubohan perbadanan bernama Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (kemudian daripada ini di-sebut "Lembaga") yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama-nya dan, tertaklok kapada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrek dan ada mempunyai kuasa bagi memperolehi dan memegang harta aleh atau harta takaleh dan bagi melepaskan-nya atau dengan sachara lain membuat apa² urusan mengenai-nya.
Peruntokan $ ^{2} $ Jadual Pertama kapada Akta ini hendak-lah berkuatkuasa berkenaan dengan-Lembaga.
Lembaga hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ yang berikut yang di-lantek oleh Menteri:
sa-orang Pengerusi;
sa-orang Timbalan Pengerusi;
sa-orang wakil Kementerian Pertanian dan/Tanah;
sa-orang wakil Perbendaharaan;
sa-orang wakil Bahagian Haiwan, Kementerian Pertanian dan Tanah;
sa-orang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan; dan
tidak lebeh daripada 5 orang lagi yang berpengalaman dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara $ ^{2} $ berhubong dengan perusahaan ternakan dan keluaran ternakan atau pemasaran, kewangan dan pentadbiran.
Apabila melantek orang $ ^{2} $ yang tersebut dalam perenggan $ \angle (g) $ sekshen-kechil (3), Menteri hendak-lah memberi pertimbangan tentang perlu-nya berbagai kepentingan dan wilayah dalam Malaysia di-wakili.
Sa-orang Pengerusi sementara atau sa-orang ahli sementara boleh di-lantek dalam masa Pengerusi atau ahli Lembaga tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh sebab sakit atau tidak ada dalam Malaysia atau oleh apa $ ^{2} $ sebab lain), dan Pengerusi sementara atau ahli sementara itu hendak-lah di-lantek dengan chara sa-rupa saperti Pengerusi atau ahli di-lantek di-bawah sekshen ini.
Sa-saorang ahli hendak-lah memegang jawatan sa-lama tempoh yang di-nyatakan dalam suratchara perlantekan-nya melainkan jika ia terlebeh dahulu meletakkan jawatan-nya atau perlantekan-nya di-batalkan, dan ada-lah layak di-lantek sa-mula.
Menteri boleh memberi kapada Lembaga arahan $ ^{2} $ sa-chara am yang tidak berlawanan dengan peruntokan $ ^{2} $ Akta ini tentang menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ Lembaga.