Skip to content

Seksyen 18

Tidak dibenarkan meletak kenderaan motor tanpa membayar caj ditetapkan

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 17 of 62
Seksyen 18
(1)

Tiada mana-mana orang boleh meletakkan apa-apa kenderaan motor di tempat letak kereta bermeter tanpa membayar caj ditetapkan dalam Jadual

Kedua.

(2)

Sebaik sahaja kenderaan motor diletakkan di petak letak kereta, pemandu atau pemunya kenderaan motor hendaklah membayar caj ditetapkan dengan memasukkan wang atau kad meter ke dalam meter letak kereta sebagaimana yang ditunjukkan pada meter letak kereta yang sama nilainya dengan amaun caj ditetapkan bagi apa-apa tempoh kenderaan motor itu hendak diletakkan.

10hb Mei 2012]

549