Seksyen 19
Tidak dibenarkan meletak kenderaan motor selepas tamat tempoh letak kereta
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 18 of 62
Seksyen 19
(1)
Tiada mana-mana orang boleh membenarkan atau menyebabkan mana-mana kenderaan motor itu terus berada di petak letak kereta bermeter selepas tamat tempoh masa kenderaan motor itu dibenarkan diletak sebagaimana ditunjukkan pada meter tersebut.
(2)
Mana-mana orang yang ingin melanjutkan tempoh letak kereta hendaklah sebelum atau sebaik sahaja tamat tempoh letak kereta terdahulu, memasukkan wang atau kad meter ke dalam meter letak kereta yang sama nilainya dengan amaun caj ditetapkan bagi apa-apa tempoh lanjutan yang dikehendakinya sehingga tempoh maksimum yang dibenarkan pada suatu masa.