Skip to content

Seksyen 25

Mempamerkan tiket letak kereta bayar dan peraga

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 24 of 62
Seksyen 25
(1)

Setelah menerima tiket letak kereta bayar dan peraga, pemandu atau pemunya kenderaan motor hendaklah mempamerkan tiket itu di atas papan pemuka menghadap cermin hadapan atau di mana-mana bahagian kenderaan motor yang mudah dilihat bagi memastikan pandangan pembantu letak kereta tidak terhalang untuk memeriksa tiket tersebut ketika kenderaan motor itu diletakkan di tempat letak kereta bayar dan peraga.

10hb Mei 2012]

551

(2)

Tiket letak kereta bayar dan peraga adalah sah digunakan di mana-mana tempat letak kereta kecuali di tempat letak kereta bermusim dan tempat letak kereta terkawal, dengan syarat hanya kenderaan motor yang sama sahaja boleh menggunakannya dan tempoh masa dan tarikh yang dinyatakan di atas tiket letak kereta bayar dan peraga masih belum tamat.

(3)

Tiket letak kereta bayar dan peraga yang telah dipinda, diubah, dirosakkan atau dilipat hendaklah menjadi tidak sah walaupun tempoh masa dan tarikh yang dinyatakan dalamnya itu masih belum tamat.